Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

AMYZA AZNAN MASUK HOSPITAL???

Amyza Aznan Masuk Hospital Gara-Gara Bulu Mata Palsu

Amyza Aznan
PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan ditahan di hospital Ampang Puteri, dekat sini, Selasa kerana dipercayai mengalami jangkitan kuman pada kedua belah matanya.
Amyza memberitahu kedua belah matanya bengkak selepas dia menggunakan bulu mata palsu ketika penggambaran drama berjudul Ahmad Albab Yang Punya.
“Sebelum ini mata saya pernah bengkak selepas guna bulu mata palsu tetapi kesannya tak lama. Beberapa hari selepas itu sudah baik, tapi kali ini lebih teruk dan sakit.
“Sejak Jumaat lalu mata saya berair, membengkak dan terlalu sakit sehingga tidak boleh tidur,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Amyza (kiri) ditahan selama tujuh hari di Hospital Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada mata. Turut melawatnya penyanyi Fazli Zainal (tiga dari kiri) dan rakannya, Kelly Azman.
Bagaimanapun, katanya, doktor masih menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap jangkitan tersebut.
“Buat masa ini doktor masih bagi ubat setiap 15 minit sekali dan mahu melihat keadaan saya dalam masa tujuh hari ini.
“Dan jika keadaan semakin kritikal mungkin akan diberi suntikan antibiotik,” ujarnya yang mengangkakan akan ditahan selama tujuh hari untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambah Amyza dia terpaksa berehat daripada penggambaran drama tersebut sehingga kedua belah matanya pulih sepenuhnya.
Selain itu, Amyza turut kesal apabila terpaksa menolak sebuah tawaran telefilem yang bakal memulakan penggambaran beberapa hari ini akibat masalah berkenaan.

USOP KAWEN???

(GAMBAR)Perkahwinan Usop Wilcha Suatu Ketika Dahulu

gambar kahwin usop wilcha
Amik kau. Cun melecun bini Usop Wilcha. Untuk pengetahuan, isteri Usop Wilcha, Noorafiza Abdul Aziz baru berusia 28 tahun. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Caliph Umar yang kini berusia 8 bulan. Dan Usop Wilcha ini bukan calang-calang orangnya. Dengar cerita dia memegang jawatan yang tinggi di sebuah syarikat besar Malaysia. Kagum kan?
gambar kahwin usop wilcha
Jangan lupa nantikan filem terbaru Usop Wilcha yang bertajuk Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Pasti meletup macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tak sabar nak tengok lakonan mantap si Usop ini. Rasa-rasanya boleh ke Usop Wilcha menang ABPBH2011 nanti?

AMENG KENA SEBAT???????

Ameng Spring Dipenjara 8 Tahun & Dihukum Sebatan 10 Kali

amengspring
Kerana dadah badan binasa. Kerana dadah hancur keluarga. Kerana dadah tubuh merana. Aceh, macam buat cerpen pulak. Tetapi itulah nasib Ameng Spring yang dikenakan hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah atas 3 dakwaan terhadap dirinya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

BILA USOP HANTU KAK LIMAH MENGAMUK???

Usop Wilcha Mengamuk Kepopularitian Disalah Guna, Kita Bakor Je!!!

usop wilcha
Inilah bahana bila jadi popular. Semua orang nak amik kesempatan. Mangsa terbaru tak lain tak bukan Usop Wilcha. Khabarnya admin Facebook Usop Wilcha Glamor di Pentas ABPBH2010 mengambil kesempatan menjual barangan seperti T-Shirt, seluar dalam dan saputangan tanpa kebenaran tuan punya. Perkara ini terkantoi apabila salah seorang pembeli menghubunginya berkaitan hal tersebut. Terus Usop Wilcha buat statement di Facebook rasminya.
usop wilcha
Dan sebenarnya sudah ada interaksi antara Usop Wilcha dan admin Facebook yang menjual barangan tersebut seperti di bawah.
usopp
Gelak tak ingat Abang Nara membaca komen si tuan punya admin. Abang Nara tak rasa penat tahap mana pun kalau setakat nak promote Facebook page seseorang yang dah memang sedia famous. Tapi Abang Nara puji otak tuan punya admin Facebook ini. Memang pandai cari duit. Bawak-bawaklah berbincang. Benda boleh setel. Yang penting kena buang ego masing-masing. Kalau dedua keras kepala sampai mati pun tak habis.
Kalau susah sangat, kita bakor je ~~~~~~~~

FASHA SHANDA KUAT???

Fasha Sandha Ialah Seorang Wanita Besi

fasha sandha
Kalau kisah hidup Fasha Sanda dijadikan filem, Abang Nara berani jamin ianya akan meletup dan mendapat kutipan lebih RM10 juta. Siapa yang taknak tengok susur galur kehidupan artis paling kontroversi Malaysia. Jatuh berkali-kali tetapi tetap gah dan bangun semula. Ikuti temubual ekslusif Murai dan Fasha Sandha bekenaan kemenangannya di ABPBH2010 baru-baru ini:-
MURAI: Firstly, tahniah atas kemenangan Fasha sebagai Pelakon Wanita TV Popular?
FASHA: Syukur Alhamdulillah. Kemenangan yang tidak dijangka. Memang saya terkejut apabila nama saya dipanggil kerana saya sangkakan Lisa atau Tiz Zaqyah yang akan menang untuk kategori ini. Apapun, syukur dan berterima kasih kepada peminat saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat yang tidak jemu memberi sokongan sehingga sekarang.
Terima kasih kepada semua follower saya di twitter @FashaSandha1 dan fan page ‘We love Fasha Sandha’. Mereka sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
Mereka juga sering memberi kata-kata semangat buat saya. Tak lupa juga kepada wartawan yang memberikan sokongan terhadap kerjaya saya. ‘Thanks for being there for me through good times and bad times’.
MURAI Ramai yang berpendapat Fasha Sandha telah bangkit semula setelah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini (komen)?
FASHA: Syukur. Saya adalah wanita besi. Saya pernah melalui banyak pengalaman suka dan duka. Jadi saya sudah lali. Setiap kali ada cerita yang tidak enak, saya biarkan saja. Ianya akan berlalu.
MURAI: Saat diumumkan sebagai pemenang, bagaimana perasaan Fasha pada malam tu?
FASHA: Sebelum saya naik ke Genting saya tidak mengharapkan apa-apa kemenangan. Saay pergi umtuk jadi one of the presenter. Say ajuga pergi untuk memberikan sokongan pada Berita Harian yang banyak berjasa pada saay. Tiba-tiba nama saya dipanggil untuk menerima anugerah kategori Pelakon TV Wanita Popular. Saya rasa sangat terkejut. I wasn’t prepare to go up on stage to win so saya tidak sediakan sebarang ucapan. Jadi saya tidak tahu apa yg saya perlu kata ketika berada di pentas. Ucapan yg saya berikan itu adalah secara spontan. Ianya lahir ikhlas dari hati saya.
MURAI: Sekarang ini, Fasha dah boleh terima tak hakikat kemenangan Fasha?
Fasha: Alhamdulillah, ini kemenangan kelima untuk ABPBH. Syukur, Alhamdulillah. Insyaallah, saya akan cuba buat yang terbaik di masa akan datang.
MURAI: Merampas semula gelaran yang pernah dipegang satu masa dulu, tak mudah. Lebih-lebih lagi pada saat Fasha terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana Fasha melakukannya (menang)?
FASHA: Peminat sekarang sudah pandai menilai bakat seseorang artis. Jadi mereka tidak pedulikan segala kontrovesi tersebut. Mereka menilai pada bakat dan lakonan serta kualiti kerja saya.
MURAI: Adakah ini merupakan satu kejayaan yang manis?
FASHA: Sangat manis… kemenangan yang tidak dijangka dan akan diingati sepanjang hayat.
MURAI: Apakah agaknya faktor utama yang mendorong peminat memilih Fasha sebagai pemenang?
FASHA: Bakat., komitmen dan kualiti kerja. Juga kejujuran sayapada mereka.
MURAI: Adakah fasha rasa bakat Fasha kini lebih dihargai berbanding kontroversi?
FASHA: Syukur Alhamdulillah, bakat dan populariti, harus seiring, Alhamdulillah.
MURAI: So, apa azam Fasha Sandha sekarang ini?
FASHA: Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya juga akan cuba perbaiki kelemahan saya. Insya Allah saya juga akan mempertingkatkan lagi mutu lakonan saya di masa yang akan datang.
MURAI: Apa projek terkini Fasha?
FASHA: Saya akan menjayakan drama bersiri 13 episod RtM2 : 5 tahun 5 minit serta drama bersiri 28 episod slot Akasia Tv3 : Dewa Chintaku. Malah, saya juga akan menyambung kontrak bersama Habib Jewel untuk tahun yang ke-3.
MURAI: Kebelakangan ini, Fasha asyik berlakon drama. Bila nak kembali ke layar perak?
FASHA: Insya Allah, tidak lama lagi peminat pasti akan melihat saya di layar perak menerusi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Filem ini menampilkan saya sebagai heroin kepada Awie. Ia bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Saya juga ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain tapi karektor dan jalan ceritanya agak kurang menarik. Jadi, saya tolak tawaran tersebut.
MURAI: Bagaimana dengan kehidupan peribadi sekarang?
FASHA: Sangat bahagia dan gembira. Salon saya juga mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Tahun yang paling bermakna untuk saya. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selama lamanya.

Tuesday, April 12, 2011

BETULKAH PELAJAR AF9 KENA DERA???

HAI, kita jumpa lagi bersama Kak Eton. Macam mana? Semua peminat setia AF9 dah mula mengundi?
Kak Eton bukannya apa, saja nak ingatkan. Jangan suka mengundi saat-saat akhir takut nanti pelajar kesayangan 'korang' akan tersingkir. Masa itu, nak menangis keluar hingus pun dah tak berguna! Kali ini Kak Eton nak kongsi cerita mengenai 12 pelajar dalam rumah kaca itu. Beberapa hari lalu mereka dibawa keluar ke Lembah Pangsun, Selangor sebaik persembahan konsert pertama selesai. Pihak produksi bukannya saja nak dera atau seksa mereka sebaliknya ia dilakukan dengan tujuan menguji semangat kerja secara berkumpulan. Kita tengok nanti bagaimana rakaman aksi mereka kelak. Dalam usaha nak menguji mereka, Kak Eton dengar, ada antara pelajar ini yang tidak tahan 'daulat'. Mungkin juga mereka tak pernah mengikuti latihan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) agaknya. Bukan itu saja, Kak Eton turut dengar cerita panas ada segelintir pelajar yang dah cemburu dengan kawan-kawan mereka kerana berjaya membuat cabaran dengan baik. Agak-agaknya siapalah mereka tu? Waktu sama Kak Eton sendiri cemburu bila pelajar AF9 zaman sekarang lebih mewah berbanding dengan yang dulu. Setiap minggu ada saja mereka dihadiahkan dengan pelbagai hadiah menarik. Penat Kak Eton bergosip, habuk pun tarak. Sebaliknya pelajar AF9 baru-baru ini terima hadiah hebat, iPad. Seronok sakanlah dia orang. Haa jangan pandai-pandai nak cuba tengok Internet dan masuk laman sosial. Semua kan dah kena kuarantin! Amboi bertuahnya si kacak Afif tu apabila berpeluang menyaksikan konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 20 April nanti. Nak tahu dia bawa siapa ke konsert itu nanti? Tengoklah Diari AF9 nanti. Alamatnya selepas ini timbullah gosip percintaan antara mereka.

Dalam diam rupanya si Azri tu pandai bermain gamelan. Baguslah sekurang-kurangnya ada juga bekalan ilmu apabila bergelar penyanyi nanti. Si Eka pula dikatakan bekas penari gelek. Wah gituuuuu. Hai, seronoknya Kak Eton dengar ibunya si Nera sanggup turun dari Sabah untuk menjenguk anaknya di rumah kaca. Sayangnya dia hanya dapat melihat dari jauh dan tidak dibenarkan berjumpa. Kesiannya...
Itulah antara cerita dalaman yang Kak Eton dengar. Kita jumpa lagi Sabtu ini. Apapun Kak Eton sedih Laika kena buang dari AF9. Sabarlah dik, dugaan.

ANUAR ZAIN MELETOP-LETOP??

Anuar cipta sejarah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DEMAM Minggu Setiausaha terus berlangsung dan antara yang menjadi perhatian adalah persembahan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain.
Apa yang menarik, Anuar turut mencipta sejarah peribadi apabila diundang mengadakan persembahan bertemakan acara itu di tiga negeri berbeza.

Bagi peminat Anuar Zain di Selatan Semenanjung, persembahan akan diadakan di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor, Johor Bahru, pada 19 April ini.
Apatah lagi penganjurnya Johor Corporation sudah lama merancang untuk membawa Anuar bertandang ke Johor iaitu sejak enam tahun lalu. Hanya baru sekarang kesempatan itu diperoleh.

Jelas Pengurus Anuar Zain, Rohila Tahir, sewaktu dihubungi RAP, ini pertama kali membabitkan tiga negeri.

"Dulu pada 2005, Anuar pernah juga beraksi di tiga lokasi tapi dua negeri saja iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu lagi Kuching, Sarawak.

SISWA PROSES SYABU??

Siswa asing proses syabu

Oleh Georgie Joseph
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKTI...Wan Abdul Bari (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...Wan Abdul Bari (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.
KUALA LUMPUR: Dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) warga asing ditahan polis selepas serbuan di rumah mereka di Jalan Seri Jati, Puchong, Khamis lalu, menemui dadah jenis syabu.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, polis merampas dadah seberat 2,173 gram yang dianggarkan berharga lebih RM500,000.

Difahamkan, sebelum itu polis menerima aduan orang awam yang mengesyaki kondominium terbabit dijadikan pusat pemprosesan dan pengedaran dadah sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis bergegas ke lokasi dan terserempak beberapa lelaki warga asing yang cuba melarikan diri.

Hasil pemeriksaan, polis menemui kunci rumah yang membawa kepada penemuan syabu dalam kondominium terbabit.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dadah terbabit.

PRN SARAWAK??

PRN sarawak akan dijalankan pada 16April 2011. Nantikan keputusan secara langsung dari blog saya. Saya akan membawakan kan keputusan terkini mulai 6.00 petang.
Tunggu noh...

SAPA CAKAP AIMAN MENTOR TAK BOLEH NYANYI????

Ramli MS Sangkal Aiman (Mentor 5) Tak Boleh Menyanyi

Aiman menyanyikan empat lagu medley ketika konsert kedua Mentor 5 kumpulan B di Dewan MBSA, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
SHAH ALAM: Datuk Ramli MS, selaku juri tetap Mentor musim kelima, menyangkal dakwaan mengatakan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakin Ridza Abdoh , iaitu protégé kepada Rahim Maarof tidak boleh menyanyi.
Malah dakwaan berbaur sinis itu turut mengatakan penyertaan Aiman dalam Mentor 5 hanya bersandarkan kepada rupa paras yang kacak semata-mata sedangkan suaranya tidak mampu menyerlahkan bakat nyanyiannya.
“Aiman bukan tidak boleh menyanyi langsung sebaliknya dia mempunyai kelemahan dari segi pengalaman berbanding protégé lain,” kata Ramli ketika menjawab soalan yang ditujukan kepada Aiman.
Datuk Ramli MS.
Sementara Aiman,22, hanya terdiam seolah-olah tergamam dengan soalan tersebut ketika sidang media selepas selesai konsert kedua kumpulan B di Dewan Majlis Bandaraya di sini, Ahad.
Bagaimanapun dalam sesi soal jawab selepas itu, peserta berasal Shah Alam itu akui tertekan kerana mendapat markah terendah berbanding dua peserta kumpulan tersebut iaitu Salma (Erra Fazira) dan Iqa (Edry Abdul Halim).
“Saya rasa tertekan tetapi tekanan yang positif. Tetapi saya rasa persembahan pada malam ini (Ahad) sudah all out.
“Saya boleh menyanyikan pelbagai jenis rentak lagu seperti balada, R&B dan rock. Selepas ini, terpulang pada Abang Rahim untuk menentukan jenis lagu yang saya akan persembahkan,” kata Aiman.
Aiman ketika berduet lagu Aku dan Dirimu dengan Shiha.
Dia menyanyikan medley empat lagu iaitu Ekstravaganza (Bunkface), Larut (Dewa), ACKKC (Rahim Maarof) dan Holy Diver (Killswitch Engage) serta duet lagu Aku Dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari) dengan Shiha.
Dalam pada itu, Rahim akui Aiman menunjukkan prestasi yang semakin meningkat berbanding sebelum ini.
“Saya rasa Aiman melakukan banyak peningkatan kerana saya mengambilnya dari tiada apa-apa dan dia tidak pernah menyertai pertandingan nyanyian.
“Saya lihat kekuatan Aiman kerana dia mampu menyanyikan lagu blues, soul dan R&B. Dia juga boleh menari kerana dia juga merupakan bekas pemain bola sepak di posisi penyerang dan pemain tengah.
“Ini kerana semasa berlatih bola sepak, biasanya dia akan melakukan gerakan seperti menari,” jelasnya.

AZMA TAK MAHU DADAH LAGI???

Dadah: Azma Aizal Enggan Terjebak Lagi

Azma Aizal Yusoof
KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah Azma Aizal Yusoof, 30, yang dikenali sebagai Isma Yusoof sebelum ini berkata hidupnya lebih bermakna selepas setahun bebas daripada pengaruh dadah.
Susulan pengalaman hitam yang dilaluinya pada 2009 itu, pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ini sudah menyimpan kemas kesilapan tersebut.
Kini pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2010 ini hanya ingin menumpukan perhatian pada karier seni yang kembali bersinar.
"Saya sudah simpan pengalaman hitam terjebak dengan dadah iaitu ganja dan tidak mahu dikenang lagi. Saya belajar banyak perkara daripada kealpaan dan kesilapan itu.
"Kini, saya sangat bersyukur kerana terus diberi peluang oleh Tuhan, keluarga dan masyarakat. Sebab itu, sekarang saya gunakan nama Azma Aizal Yusoof dan mahu mulakan fasa baru dalam kehidupan," katanya.
Kata pengarah drama bersiri Merah Puteh ini lagi, walaupun kerjayanya pernah terumbang-ambing pada tahun lalu, dia bersyukur apabila diberi kepercayaan oleh pelakon dan penerbit filem Dilarang Masuk (DM) iaitu Esma Daniel untuk membintangi filem itu.
"Tiga bulan karier saya tidak menentu ekoran pengakuan tentang ketagihan ganja. Namun saya bersyukur kerana Esma Daniel memberi peluang untuk membintangi filem DM.
"Dia minta saya hadiri ujibakat untuk salah satu watak dalam filem itu. Saya datang untuk mencuba nasib tetapi tak sangka pula berpeluang untuk bawa watak utama," imbasnya.
Justeru itu, Azma menganggap DM begitu istimewa dan bermakna kerana bukan saja dia berpeluang menjadi hero buat pertama kali, malah filem itu juga adalah platform untuknya kembali aktif di arena lakonan.
"Filem ini sangat bermakna kerana ini adalah pertama kali diberi kepercayaan sebagai hero sejak lima tahun terlibat dalam bidang seni.
"Ia juga adalah permulaan bagi kemunculan semula saya dalam dunia lakonan selepas fasa hitam yang pernah dilalui sebelum ini. Kini saya mahu kerja keras dan fokus terhadap bidang ini," katanya.
Selain Azma, DM yang mengetengahkan isu pendermaan organ secara haram itu turut dibintangi oleh Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein, Muniff Isa dan Esma Daniel.
Filem arahan Jeffrey Chiang itu sedang ditayangkan di pawagam bermula 7 April lalu.

ARTIS BERGADUH?? ISH!!!

'Gosip Masam Muka Macam Budak-Budak' - Iqram Dinzly

Iqram Dinzly
PETALING JAYA: Aktor Iqram Dinzly, 30, menganggap gosip yang mendakwa dia tidak bertegur sapa dan bermasam muka dengan pelakon baru Arja Lee, 27, gara-gara kegagalannya memainkan watak Ruby dalam filem ... Dalam Botol (DB) berniat untuk mengeruhkan hubungan mereka.
Iqram yang menyifatkan gosip itu sebagai sesuatu yang lucu dan 'kebudak-budakan' berkata, dia tidak pernah bermusuh atau bermasam muka dengan Arja yang sudah lama dikenalinya.
"Gosip itu mengarut dan tidak berasas. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan ia sebagai kelakar dan kebudak-budakan.
"Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa atau Arja Lee sekalipun. Saya sendiri sudah mengenali Arja sejak dia belum bergelar pelakon lagi.
"Sebenarnya, tiada isu pun yang patut dibangkitkan kerana dakwaan sebegitu tidak berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Isnin.
Mengulas dakwaan kononnya dia bermasam muka dengan Arja kerana gagal membintangi filem tersebut, Iqram berkata: "Memang saya menghadiri uji bakat filem itu tetapi apabila tidak berjaya saya tidak kisah dan terima dengan hati terbuka.
"Kebetulan pula, ayah saya juga tidak merestui saya memainkan watak itu, jadi tidak ada sebab saya perlu bermasam muka apabila tidak mendapat watak berkenaan.
"Gosip itu seolah-olah menggambarkan saya begitu terdesak untuk berlakon filem DB dan tidak berpuas hati apabila Arja mendapat peluang itu."
Arja Lee (kiri) dan Wan Raja yang berpasangan sebagai kekasih sejenis dalam filem ... Dalam Botol.
Enggan mengeruhkan keadaan, Iqram bagaimanapun memohon agar mana-mana pihak tidak mencetuskan kontroversi menerusi penyebaran gosip remeh-temeh sebegini.
"Saya berharap agar isu remeh-temeh sebegini tidak diperbesarkan semata-mata untuk mencetuskan kontroversi atau memburukkan reputasi saya.
"Sepanjang enam tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya begitu peka dan menjaga tingkah-laku agar tidak menyinggung mana-mana pihak apatah lagi untuk bermusuh dengan orang.
"Janganlah kerana hal begini, nama saya tercalar dan dianggap tidak profesional pula," katanya mengakhiri perbualan.
Isu berkenaan tercetus apabila sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Iqram Dinzly dikatakan tidak bertegur sapa dengan Arja Lee ketika acara “post party” selepas Anugerah Bintang Popular (ABP) yang diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 3 April lalu.

SALMA MENTOR 5 ADA ANAK KAH???

Salma (Mentor 5) Akan Jelaskan Status Ibu Tunggal

Salma membuat persembahan di konsert kedua Mentor musim kelima di Wisma MBSA, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
SHAH ALAM: Peserta Mentor musim ke lima yang juga protoge kepada Erra Fazira iaitu Salma,21, terkejut apabila soalan mengenai status perkahwinannya ditanya oleh pihak media sejurus selepas tamat rancangan itu Ahad, lalu.
Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis dikatakan seorang ibu tunggal beranak satu.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung status itu kerana bimbang akan mengganggu konsentrasinya dalam program tersebut.
“Selepas habis Mentor baru saya akan menjelaskan tentang perkara ini. Bagi mereka yang mengetahui tentang status saya, biarkan sahaja.
“Saya takut kenyataan saya nanti akan mengganggu fikiran,” kata wanita berasal dari Tawau, Sabah ini.
Salma bersama-sama mentornya, Erra Fazira.
Tambahnya: “Saya masih mempunyai keluarga di kampung dan banyak hati yang perlu dijaga.”
Pada konsert kedua kumpulan B itu, Salma menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 157 di mana pada konsert pertama dia mendapat 80 peratus dan konsert kedua 77 peratus.
Malah antara enam peserta yang bertanding dalam program tersebut, Salma turut mendapat markah paling tinggi setakat ini dan dijangka menjuarai Mentor 5 jika dinilai berdasarkan kepada undian yang diterima.
Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze untuk protégé.
Sementara hadiah untuk naib juara adalah wang tunai RM30,000 untuk mentor dan protégé. Protégé yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150.

AMENG DIHUKUM PENJARA DAN SEBATAN??? NAH!!

Ameng Dihukum Penjara Lapan Tahun Dan 10 Sebatan
Ameng digari ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, Selasa. - Foto A MALEX YAHAYA
MELAKA: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.
Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.
Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.
Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.
Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. -BERNAMA

LAKONAN REMY DAN JANDA TERHANGAT DI PASARAN??HAHA

Review Filem Cun, Memang Cun & Wajib Tengok

filem cun
Baru-baru ini, atas desakan buah hati yang mahu melihat Remy Ishak di dalam filem Cun, Abang Nara dengan berat hatinya pun pergilah menonton filem Cun di Cineleisure. Mula-mula Abang Nara fikir mesti tak best cerita nie. Iyerlah, setakat jalan cerita budak kampung nak mengorat awek artis. Apa yang bestnya kan?
Tapi bila start je cerita ini, memang silap besar sangkaan Abang Nara. Inilah filem terbaik Melayu yang pernah Abang Nara tonton. Daripada 5 bintang, Abang Nara bagi 4.5 bintang. 0.5 bintang tak cukup sebab lakonan Maya Karin agak kurang sedikit. Tapi lakonan Remy Ishak, Faezah Elai, Manis dan yang lain-lain semuanya mantap-mantap belaka. Kagum gila Abang Nara dibuatnya.
Apa yang menarik mengenai filem ini ialah bagaiman Osman Ali, pengarah filem Cun bermain dengan perasaan anda. Awal-awal Osman Ali bagi anda gelak ketawa tak ingat punya tapi-tapi tiba-tiba diselitkan adegan sedih. Hampir meleleh air mata ini dibuatnya. Sepanjang filem ini anda akan rasa nak pecah perut, rasa sebak dan rasa geram sangat. Memang terbaik.
Dan Abang Nara mahu anda semua menonton filem Cun. Ini bukannya iklan berbayar daripada produksi filem Cun. Tapi kenyataannya, filem Cun memang hebat. Kalau nak support filem Melayu, filem sebeginilah yang wajar disupport. Kecewa pula Abang Nara apabila kutipan filem sehebat filem Cun ini masih tidak mencecah RM1 juta. Korang kena pergi tengok dan bantu kutipan filem Cun nie.
Akhir kata, bak kata buah hati Abang Nara, Remy Ishak memang handome. Sekian terima kasih.

PELAKON AWAN DANIA?? CANTIK BAH KAN??HEHE

(GAMBAR)Cantiknya Scha Berbaju Pengantin, Awesome ~~

scha pengantin
Cantiknya Scha memakai busana pengantin untuk majalah Nona. Bertambah cantik wajah yang sudah sedia cantik itu. Abang Nara tengok lama-lama muka Scha nie nampak makin berseri-seri. Orang tua-tua kata kalau jodoh dah dekat memang wajah tue berseri lain macam sikit. Iye ke?
Oh ye, tahukah anda yang Usop Wilcha adalah bapa saudara kepada Scha Al Yahya? Dan tahukah anda juga yang gosip Awal Ashaari menghadiahkan sebuah kereta Audi Q5 kepada Scha adalah gosip rekaan semata-mata? Semuanya boleh diketahui sekiranya andan lupa LIKE Facebook Scha & follow Twitter Scha untuk informasi terkini tentang dirinya.

USOP HANTU KAK LIMAH???HAHAHA

(GAMBAR)Perkahwinan Usop Wilcha Suatu Ketika Dahulu

gambar kahwin usop wilcha
Amik kau. Cun melecun bini Usop Wilcha. Untuk pengetahuan, isteri Usop Wilcha, Noorafiza Abdul Aziz baru berusia 28 tahun. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Caliph Umar yang kini berusia 8 bulan. Dan Usop Wilcha ini bukan calang-calang orangnya. Dengar cerita dia memegang jawatan yang tinggi di sebuah syarikat besar Malaysia. Kagum kan?
gambar kahwin usop wilcha
Jangan lupa nantikan filem terbaru Usop Wilcha yang bertajuk Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Pasti meletup macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tak sabar nak tengok lakonan mantap si Usop ini. Rasa-rasanya boleh ke Usop Wilcha menang ABPBH2011 nanti?

PAS NAK MENANG DI SARAWAK?

SEBUYAU, 12 April: Calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid berharap mood pengundi sekarang berterusan untuk melakukan perubahan.
“Insya Allah saya harapkan mood yang ada sekarang ini, mood di mana-mana mereka mahukan perubahan, tambah lagi orang Sarawak telah faham negeri lain tukar kerajaan, pimpinan Sarawak ini dah terlalu lama, rakyat di sini dah matang fikir tukar kerajaan.
(Gambar: Adam Ahid bertemu dengan penduduk Sebuyau)
Justeru, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak merasakan tidak mustahil berlaku perubahan itu.
“Rakyat di sini miskin tetapi pemimpin mewah, kekayaan pemimpin menyamai kekayaan negara, tak mustahil,” katanya.
Mengenai isu, katanya isu pertama yang besar di Dun Sebuyau ialah isu tanah, pembangunan serta pembelaan rakyat.
Calon PAS di Dun ini, Haji Adam Ahid memberi contoh rakyat di kalangan kaum Iban tidak terbela di Kampung Entangor.
“Kalau mereka sakit payah nak pergi ke klinik tempat yang jauh, mereka gunakan jalan air. Jika air jalan kering, mereka tidak boleh pergi klinik, ramai yang meninggal dunia dalam sampan sebab jauh nak ke klinik.
“Ada yang bersalin dalam sampan sebab jauh perjalanan menaiki sampan dari Kampung Entagor ke klinik di Sebuyau,” ujarnya.
Menurutnya, ini menyebabkan mereka cukup tertekan dengan apa yang dihadapi dan mahukan perubahan.
“Sebab itu saya cakap dengan pengundi di sana, kalau saya terpilih menjadi Adun sini, saya akan bawa isu ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, bagaimana nak bantu mereka agar adanya kemudahan klinik agar mereka boleh dapatkan bantuan,” katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak menambah, mereka berkata kalau dalam slogan kerajaan ialah rakyat didahulukan, tetapi di sini rakyat diketepikan.
“Kaum Iban di sini janji jika mereka pilih Adam, mereka minta saya selalu ke tempat mereka jengah mereka mendalami masalah mereka, jadi saya akan selami masalah mereka,” ujarnya lagi.

Friday, April 1, 2011

Cico Anak Uji Rashid Akan Ikut Jejak Bob Lokman?


Selepas Bob Lokman mengundurkan diri daripada dunia hiburan dan menyertai PAS, nampaknya ada artis lain yang mengikut jejak langkahnya. Pada 30 Mac 2011, kelibat Cico anak kepada Uji Rashid kelihatan bersama dengan Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandan Indah.
Mungkin, kehadiran Cico hanya kebetulan, mendengar kuliah tiada salahnya, kan?

VIDEO SEKS TULEN?????

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.
"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.
Pada 21 Mac lalu trio Datuk T trio melibatkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang merupakan dalang di sebalik rakaman itu mendedahkan kewujudan video tersebut kepada media.
Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan namun dilepaskan dengan jaminan polis.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.
Mengenai perkembangan virus Adenovirus, Ismail berkata setakat ini hanya seorang pelatih Pulapol yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Pelatih wanita itu berada dalam keadaan tidak serius dan kini ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.
"Keadaan di Pulapol normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat itu adalah bersih," katanya.
Justeru itu, beliau meminta pihak Pulapol supaya mengatur satu aktiviti gotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan di kawasan itu.
Setakat ini, seramai tiga pelatih pusat tersebut maut akibat virus itu dan yang terbaru membabitkan pelatih konstabel, Mohammad Siman, 23, yang meninggal dunia pada 11.30 malam, Rabu lalu, selepas menerima rawatan selama hampir sebulan di HKL.

HARGA MINYAK NAIK LAGI!!!!

PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.